Menurut Senarai Semak Dunia Kew, harmal ialah tumbuhan asli di Arab Saudi, Kuwait, Yaman, Iraq, Iran, Afghanistan, Pakistan, India dan Bangladesh; di negeri Syam (Palestin, Lubnan dan Syria), Turki dan Cyprus; di Mesir (termasuk Sinai), Libya, Tunisia, Algeria dan Maghribi; di selatan dan timur Eropah (Sepanyol, Itali, Sardinia, Greece, Bulgaria, Romania, Ukraine, selatan Rusia dan Caucasus); serta di Asia Tengah (Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan), Mongolia, utara China dan Tibet. Ia telah diperkenalkan ke sembilan negeri di barat dan selatan Amerika Syarikat, Perancis, Hungary, Kepulauan Balearic dan Afrika Selatan.
Memuatkan…
